Pada suatu malam, ada seorang yang bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Di dalam mimpi itu Baginda s.a.w tidak menoleh ke arahnya.
Kemudian lelaki itu bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku ?"
Rasulullah s.a.w menjawab : "Tidak".
Lelaki itu bertanya lagi : "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku ?"
Jawab Rasulullah s.a.w : "Kerana aku tidak mengenalimu."
Lalu lelaki itu bertanya lagi : "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya."
Rasulullah s.a.w menjawab : "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mau mengingat ku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Akhirnya dia membaca selawat 100 kali sehari. Beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi lagi bertemu dengan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w berkata : "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."

- Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub) -

Tidak ada komentar:
Berkomentarla yang sopan, agar tidak terjadi keributan. Karena Damai itu indah, wassalam